Geng Budak Malas ^^

Wednesday, November 23, 2011

Syria vs Malaysia, 2-0

hehellooo...
harimau tetap dihati...hoyeahh ^^
sila abaikan matrik kad itu yer....

Nampak nya team bola kita tak bernasib baik kali ni. Kita kalah 2-0 dengan Syria, takpelah tu. Nak buat macam , cuba korang tengok badan orang-orang Syria tu, bosa-bosa....hehehe. Pepon tahniah kat pemain-pemain yang dah berusaha. Kitaorang faham korang penat kan, baru habis lawan dengan Indonesia tempoh hari, hari ni kena kerja kuat lawan dengan Syria pulak. Mak saya kata tak baik tamak-tamak, dah menang dengan Indonesia , bagi jela Syria menang kan. Lain kali cuba lagi ok korang. I always support you la.....

awak owh awk, kenapa lah awak bagi 2 bijik bola tu masuk gol tu.... xper la awak, lain kali try lagi okey ^^

Sunday, November 20, 2011

Survey ke Gunung Senyum... ^^



Alop-alop,
Saje nak cerita, semalam aku and family aku pergi Gunung Senyum . Tak jauh dari rumah aku rupanya 40 minit dah sampai, paling last pergi pon masa darjah berapa ntah, aku pon dah lupa. Mula-mula niat nya nak survey tempat je , nak tengok aktiviti and tempat tinggal kat situ. Tup-tup 'ter' masuk gua pulak. Handoi ai, boleh pulok termasuk yer...kikiki. Masuk tu ingat nak jenguk-jenguk tapi segala jenis tangga kitaorang panjat ,ko hambek dengan mak and abah join sekali , perhhh berpeloh. Dengan pakai seluar jeans dengan seliper  nya, abes baju and seluar... haizz. Baru masuk 3 gua, peluh satu badan. Kalo tau nak terus masuk gua baik terus pakai trek suit je. Boleh terus redah semua gua , rugi-rugi.

Tempat cantik, tapi sayang tak berjaga. Hutan pon dah ada yang kena tebang kemudahan pon tak berjaga. Suka tengok tasik dia, cantik-cantik.Tapi nak rasa masuk gua , kira best la gak. Kat sini ada hampir 20 buah gua, setiap gua ada cerita and mitos  dia sendiri.

JOM SKODENG  :)

gambar tak ekot susunan


suka tasik dia ^^



time to masuk gua, fuhh... penat panjat tangge... ^^'

 jambatan dah lubang-lubang... menakotkan

 mak and abah



 bersungguh-sungguh tu...haha


proses panjat-memanjat.... berpeloh...uhhh



p/s- owh ya, tahniah Malaysia menang lagi... Good Job , Malaysia Boleh :)
jom esok tengok bola reramai....

Saturday, November 19, 2011

143 i love u

hohayoo...
hari ni saya mau senyum lebar-lebar la... kenape yer??
sebab nya follower saya dah 143... hoyaa
siapakah blogger itu?? ni dia Aisyah Ismail , terima kasih yer
143 ni antara number febret aku selain no 9...hehe, number pon ade febret ek... macam2 an, tak kisah lah tu.
Disini saya nak ucapkan terima kasih pada yang sudi membaca dan singgah blog saya yang bersepah ni , tak kisahlah korang follow ke tak follow. Sudi baca ape yang saya mengarut dalam ni pon da cukup baik.... lub u allz la... 143 okeyss... adiosss ^^

Friday, November 18, 2011

Jakun Pulak Aku Tengok benda ni... hehe


hehehe....
Tadi kan, aku nak balik Pahang, macam biasalah kalo nak pergi Titiwangsa kena naik tren LRT dulu kan. Beli-beli tiket dorang bagi benda alah ni, sila tengok gamba kat atas yer. Tercengang la jugak, adehh nak tergelak pon ade. Ape den nak buat dengan benda alah ni...hahaha.
Rupa-rupa nya token ni ganti tiket , just scan je token tu macam card touch n go tu. Senangkan...Baru lagi ek?? 2 minggu lepas aku balik, rase nya pakai tiket biase lagi. Tapi bagus la gak dorang tukar sistem cam ni , cepat cikit kot.... yeker?? yela kot...hehe. Ok lah, tu je for today, tata titu i love u ^^


ole3 dari korea , rabbit hidung B***. Comei... tapi, hahaha....adehhh. Buang sama itu idong. Pepon thanks sis, leb u muah3

Wednesday, November 16, 2011

Tension Menguasai diri...uhhh

Mak , abah , !!!!!
Assingment punya duedate sudah nak dekat....
dengan ini aku dengan rasmi nya menjadi penduduk tetap library yang tersayang....
Stress...stresss...STRESSS!!!!
Ok tu je... bye ^^'

Wednesday, November 9, 2011

Bukit Broga

Halop-halop

Pada yang suka pemandangan yang cantik dan sejuk mata memandang , kalau korang belum pernah pergi Bukit Broga. Aku sarankan korang try pergi , pemandangan dia cantik lagipun nak daki pon tak tinggi mana pon tapi tipu la pulak kalau aku kata tak penatkan. Pendakian makan masa 30 minit hingga 1 jam, bergantung kepada tahap stamina masing-masing. Tapi berbaloi kalau dah sampai atas tu. memang cantik. wink,wink.^^

Atas ehsan makcik wikipedia aku share kat korang pasal Broga sikit yer untuk memudahkan korang nak pergi sini. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta.  kalau susah-susah, lagi senang korang pakai GPS jela, Papago kan ada ....hehe

Kalau korang nak pergi, aku rasa better kalo korang pergi sebelum subuh or selepas subuh. Tupon kalo korang nak tengok sunrise la. Yang pergi sebelum subuh tu, korang boleh simpan wuduk siap-siap. Dah sampai atas korang solat subuh la kat atas tu. Kat atas tu nanti ada tempat lapang , korang solat la kat situ.memang terbaik.

Barang2 keperluan :-
1. Torch Light (wajib)
2. Pakaian mengikut kesesuaian. Jeans not recommended terutama yang mahal-mahal. Kalau nak pakai shorts boleh,tapi kena fikir dua tiga kali sebab sana banyak lalang, takut calar balar kaki tu dan gatal2..hehe
3. Pakai kasut yg ada grip dan tak licin. Certain running shoes memang licin. Tegok tapak masing2.
4. Makanan : bawak roti/sandwich..chocolates..biskut..
5. Air yg secukupnya. 1.5litre pun dah cukup.

Tips & Info :-

1. Kalau korang nak pergi ramai-ramai, terus pecahkan dalam kumpulan siap-siap
2. Korang take a slow hike. No rush. Pastikan kawan korang takde yang tertinggal
3. Jangan makan berat2 sebelum mendaki. Bawak air secukupnya mengikut kadar penggunaan air badan anda..hehe..
4. Kalau badan rasa mcm lemah masa mendaki, korang stop dulu..rehat 5 minit sambil makan apa yang korang. Lepas dah ada tenaga balik, boleh mendaki semula. Coklat penting semasa mendaki utk menggantikan kandungan gula dalam badan yang hilang semasa pendakian.




Sunday, November 6, 2011

Ryan Higa: Daily Life of a Basketballer

Hohayoo...
Just want to shared to u alozz ryan's new video. Ryan ni kalo korang nak tau kira bf aku la sekarang ni...kikiki. Actually video tak la baru sangat dah 2 hari, tapi den baru pasan kot... semenjak dua menjak ni dia jarang upload video baru. So, aku pon jarang la menjengok abang youtube. Korang jangan lupe tengok video baru Kevjumba gak tau...
Owh ya.... Selamat Hari Raya Aidil Adha to allz muslim ^^
and hapy besday to Aderian Han... 



Tuesday, November 1, 2011

Real Steel

REAL STEEL BEST

 halop-halop yaa...


Korang dah tengok belom?? Semalam kami-kami secara tidak dirancang ke Terimal One tengok citer ni. Kekadang best gak wat keje gila ni. Kalo korang belom tengok pegi la tengok, best kot. Terutama ada sebudak comei Max (Dakota Goyo) tu.Alaaa, comeii nye dak ni, rasa nak cubit-cubit je...hehee. Seyes pandai gila budak ni berlakon. Cerita ni banyak main gan emosi + action . So kalo tanya aku citer ni dalam kategori best la gak, kira tak rugi tengok.

ini si budak Max yang comei itu ^^ 
AKU DAN MEREKA





p/s- jalan dah, tengok wayang dah , shopping pon dah. Sekarang time assignment and study for exam pulak. Say 'no' to main-main dah.... hayakkk