Geng Budak Malas ^^

Tuesday, August 23, 2016

Tips Ke Korea

Assalamualaikum...

Kepada yang merancang untuk ke Korea atau bakal ke Korea , Cik Ezny nak kongsi sikit tips ke Korea pada uolls berdasarkan pengalaman Cik Ezny kat sana. Walaupun infonya tak banyak tapi Cik Ezny harap dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Passport
Seperti yang semua orang tahu, nak pergi luar negara kita perlukan passport. Dan bernasib baik untuk melancong ke Korea kita tak perlukan Visa.



Tiket Kapal Terbang
Untuk tiket flight, sangat la best kalau korang dapat beli time Airasia buat promotion. Kitaorang pergi bulan April 22-26 April 2016 . Tiket tak murah tak silap, boleh dapat lagi murah kalau korang selalu dating dengan website Airasis. Untuk tiket kitaorang RM909 , tu harga return.Mahal kan :( . Oleh sebab perjalan mengambil masa 6-7 jam. Saya nasihatkan korang beli makanan siap2 masa beli tiket atau nak beli kat atas pun boleh , kalau taknak beli makanan kat dalam flight. Bawa la roti ke, atau apa2. Kebulur korang nanti. Peringatan ni khas kepada yang tak pernah travel jauh2 macam kitaorang. Sebelum ni paling jauh Cik Ezny pergi pun Bandung je.....hoho. Tak sempat lapar dalam flight .







Duit
Kalau korang jenis kedekut macam Cik Ezny. Actually bukan kedekut, cuma jimat bebelanja...hihi. Cik Ezny sarankan korang tukar duit Ringgit kepada Won dekat KL Sentral. Setakat Cik Ezny kaji, kat situ paling murah. Bila murah, so banyak la sikit korang boleh bawa duit Won masa kat Korea nanti. Hurmmm, tapi kalau korang banyak duit and malas nak cari tempat tukar murah. Korang tukar jelah dekat mana-mana yang berdekatan dengan korang ya .

Makanan
Sebab kita pergi negara bukan Islam,  sangat la di galakan korang bawa makanan dari Malaysia macam serunding ke atau roti atau meggi ke.  Tak kisah la apa janji korang boleh buat makan untuk alas perut.  Bukan apa,  makanan kat sana mahal sikit,  satu hidangan kebanyakkan paling murah dalam area RM30 untuk satu orang sekali makan. Kalau satu hari makan dua kali. Korang pergi 5 hari.  So belanja makan sahaja dah berapa kan.  Rm30x2= Rm60 ( 1 hari)
Rm60x5= Rm300 (5 hari)
Tu belum korang teringin nak makan street food dorang.  Street food pulak jenis semua mengugat iman.  Yang halal,  macam semua nak rasa. Macam kitaorang.... Hihi.  Bila sedap tu,  bukan nak beli sekali je.  Hari-hari pulak nak beli tu....  Adoiii.
So korang pandai2 la bajet pembelanjaan korang untuk makanan ya. Jimat dekat makanan boleh buat shopping2 sikit kan ^^
Kalau korang pergi dengan travel agency , insyaAllah dorang akan bawa korang pergi kedai makan Halal.






Tips lain akan di update dari masa ke semasa.  Maklumlah Cik ezny busy bekerja.  Terpaksa post juga walaupun tak siap lagi,  macam nak berkarat entry ni dalam draft. 

Apa pun,  semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada yang memerlukan.  ðŸ˜ŠðŸ˜Š





No comments:

Post a Comment