Geng Budak Malas ^^

Monday, April 14, 2014

Tips ke Indonesia



Assalamualaikum ....

Entry lepas cik ezny cerita pasal pengalaman cik ezny terbang bersama KLM dari KL ke Jakarta. Untuk membaca pengalaman Cik Ezny terbang bersama KLM sila click sini. Entry ni cik ezny akan bagi sikit tips untuk ke Indonesia. Harap tips yang cik ezny bagi ni membantu korang-korang.

1. Passport 
Ok passport sangat penting yer untuk ke Indonesia, yelah kita nak pergi luar negara kan. Pada korang-korang yang dah ada passport korang kena pastikan expired date passport korang lebih dari 6 bulan. Kalau tak cek betul-betul nanti, korang tak lepas pergi Indonesia cik ezny tak tahu. Korang nanges jela kat airport tu nanti ea....hihihi
2. Tukar Ringgit kepada Rupiah 
Untuk convert duit dari RM ke apa-apa mata wang pun yang paling penting kta kena beli yang murah. Sebab kita tengah cerita pasal pergi Indonesia , cik ezny bagi tips macam mana nak tukar ke rupiah la yer. Tips cik ezny ni khas untuk orang kedekut macam cik ezny, pada yang malas nak mencari and sanggup beli mahal korang boleh tukar dekat KLIA or airport je.
Macam cik ezny hari tu , cik ezny usha pengurup wang dekat Temerloh mahal dorang jual 0.329 tak silapnya. Memang tak la kan cik ezny nak tukar kat situ,  pastu kawan cik ezny kata dekat Giant Nilai dorang jual 0.297 tak silap cik ezny. Terus suruh dia tukar kat situ je. Bagi yang tak faham macam mana nak tengok mahal ke murah meh cik ezny terangkan sikit.

p/s: untuk kira ni korang kena buang 000 yang kat belakang tu , kira kalau 3 juta jadi 3000 jelah . Pastu korang kira.

Konon la kan kalau cik ezny nak dapatkan 3 juta rupiah dekat Temerloh dengan  harga 0.329

Rupiah 3 juta x 0.329 = RM 987 (duit RM yang cik ezny kena bayar)

Tapi kalau cik ezny beli dekat nilai tu untuk dapatkan 3 juta rupiah jugak tapi dengan harga 0.297

Rupiah 3 juta x 0.297= RM 891 (duit RM yang cik ezny kena bayar)

Nampak tak beza dia?? kalau RM 987-RM891= RM 87 (Kalau cik ezny tukar dekat Temerloh cik ezny rugi RM 87 tau)

Kalau korang terdesak sangat tak jumpa tempat murah kalau boleh janganlah convert dekat KLIA or aiport sebabnya sangatlah mahal. Cik ezny tengok dekat KLIA 0.34 macam tu . Kalau nak tukar dekat aiport Jakarta jele tak silapnye 0.31 so murah la lagi kan.

Cik ezny dah bagi tahu korang lah yang buat keputusan sendiri. Selamat beramal ....hihihi

3.  Makanan
Pasal makanan pulak kalau boleh korang jangan la buat rancangan fear factor makan makanan tepi-tepi jalan. Bukan menidakkan diaorang and bukan kata makanan kat tempat macam tu tak bersih tapi perut korang tu tahan ke kalau apa-apa jadi. Tak best nak pergi jalan woo kalau perut sakit. So elok cari kedai makan jela.
Ok dari pemerhatian cik ezny makanan dekat sana tak delah murah sangat. Standard harga macam dekat sini juga.  Untuk belajaran bersama cik ezny sekali pernah kena tipu masa makan dekat food court Pasar Baru , Bandung. Tak tahulah kitaorang kena tipu atau salah faham tapi cik ezny tak puas hati betul. Lain kita minta lain dorang bagi. kata harga lain, suruh bayar harga lain. Sudahlah malas nak fikir, cik ezny jadikan pengalaman tu sebagai pengajaran di negara orang. Tapi ingat yer korang-korang kalau nak pilih makanan pastikan dorang bagi menu yang ada harga. So dorang tak boleh nak kelentong kita kan.....huhhh.
Tapi yang pasti makanan dorang sedap , kecuali KFC ....huhu, sos dia masin kot.

4. Hotel
Untuk penginapan, kitaorang masa kat Jakarta tidur dekat Senin Indah Hotel. Dekat luar nampak macam budget Hotel tapi dalam bilik selesa je macam Hotel 4 bintang dekat Malaysia. Tapi yang tak bestnye, dorang kata tak boleh 3 orang satu bilik. Kitaorang dah book 3 bilik untuk 8 orang , sampai-sampai sana kata tak boleh 3 orang satu bilik so terpaksalah kitaorang ambil satu lagi bilik. Huh !
Tapi dorag kata memang dekat Jakarta susah cari Hotel yang dorang bagi masuk ramai-ramai. So korang carilah betul-betul yer, jangan jadi macam kitaorang ni.....huhu. (Not Recommended )
Dekat Bandung kitaorang tidur dekat Hotel Asoka, tempat dia oklah. Service pun okay, sarapan pon ada . Siap hantar bilik lagi kau jah, kau mampu?? haha.
So yang paling penting sebelum korang book bilik korang tengok la dulu review orang yang dah penah pergi . Korang boleh book hotel dekat Agoda , Asiarooms atau tripadvisor.

5. Supir
Pasal supir korang boleh usha dari Malaysia. Macam-macam harga dorang tawar, pandai korang la nak pilih mana satu. Macam kitaorang punya rasanye mahal sikit kot, mungkin ada yang lai murah. Sebab kitaorang bukan ikut jadual dia, kitaorang ikut jadual kitaorang dan tempat yang kitaorang nak pegi. Terima kasih pada Ijan yang sanggup melayan kerenah kami-kami ni sepanjang tiga hari dua malam di Bandung.

6. Bahasa
Macam yang korang dah tahu, bahasa Indonesia tak jauh beza pun dengan bahasa kita. So senang nak faham . Tapi masa dekat sana banyak kali jugak cik ezny soh dorang ulang tayang apa dorang cakap  sebabnya tak berapa nak faham apa dorang cakap. Satu je yang cik ezny rasa penting la kalau korang beli simcard dekat sana pastu korang nak top-up , korang jangan kata ak top-up tapi kata nak 'pulsa' . Cik ezny kata nak beli top-up dekat Stesen Kereta Api dekat Bandung , pakcik tu buat dek je. "Ngak ada , ngak ada" sombong bebeno. Cik ezny ni jarang tengok sinetron jadi kemahiran berbahasa Indonesia cik ezny ni kurang la sikit......

7. Berapa Duit Nak Bawak
Bergantung jugak sebenarnya, sebab supir kitaorang nak duit Malaysia. So dari segi pembelanjaan penginapan dan supir kitaorang dah tak tukar duit rupiah. Hari tu aku tukar 4 juta lebih . Mula-mula dekat Malaysia tukar RM 1100 dapat 3 juta lebih. Pastu sebab duit rupiah dah habis jadi kitaorang tukar lagi RM 300 so dapat 1 juta. 4 juta lebih tu cik ezny share dengan my sis. Dengan duit tu kitaorang makan , shopping, lepas tu shopping lagi dan shopping lagi....huhu.
Tapi kalau korang kena bayar duit hotel and supir dalam rupiah. Korang agak-agak la berapa nak tukar. Yang penting bawa la sekali duit ringgit, senang nak tukar kalau tak cukup duitkan.

Masa Cik Ezny dekat Pasar Baru, Bandung ada satu family dari Malaysia habis duit cash rupiah. Duit cash Malaysia dia tak bawak then tak tukar pulak kad bank untuk international. Hah, apa nak kata . Satu family sekali dengan nenek atukpun ada. So all my friend.... Cik Ezny menyeru kepada kawan-kawan sekalian silalah pastikan perkara-perkara macam tu tak jadi dekat korang.


Semoga perkongsian cik ezny memberi manfaat pada semua.... Selamat melancong pada yang akan ke Indonesia. ^^


6 comments:

  1. bagus tips nie... tq bebanyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...... semoga tips saya membantu ^^

      Delete
  2. menurut pengalaman anda...bagus tukar kt malaysia ke indonesia?

    ReplyDelete
  3. Jadi mksd akak duit m'laysia lgi bsar dari indon n senang nk brblnje?

    ReplyDelete
  4. Tukar kat mana lagi berbaloi ? Malaysia ke indonesia?

    ReplyDelete
  5. Kalau ingin bercuti di batam.dimana lokasi yang menarik.

    ReplyDelete