Geng Budak Malas ^^

Monday, April 14, 2014

Tips ke Indonesia



Assalamualaikum ....

Entry lepas cik ezny cerita pasal pengalaman cik ezny terbang bersama KLM dari KL ke Jakarta. Untuk membaca pengalaman Cik Ezny terbang bersama KLM sila click sini. Entry ni cik ezny akan bagi sikit tips untuk ke Indonesia. Harap tips yang cik ezny bagi ni membantu korang-korang.

1. Passport 
Ok passport sangat penting yer untuk ke Indonesia, yelah kita nak pergi luar negara kan. Pada korang-korang yang dah ada passport korang kena pastikan expired date passport korang lebih dari 6 bulan. Kalau tak cek betul-betul nanti, korang tak lepas pergi Indonesia cik ezny tak tahu. Korang nanges jela kat airport tu nanti ea....hihihi
2. Tukar Ringgit kepada Rupiah 
Untuk convert duit dari RM ke apa-apa mata wang pun yang paling penting kta kena beli yang murah. Sebab kita tengah cerita pasal pergi Indonesia , cik ezny bagi tips macam mana nak tukar ke rupiah la yer. Tips cik ezny ni khas untuk orang kedekut macam cik ezny, pada yang malas nak mencari and sanggup beli mahal korang boleh tukar dekat KLIA or airport je.
Macam cik ezny hari tu , cik ezny usha pengurup wang dekat Temerloh mahal dorang jual 0.329 tak silapnya. Memang tak la kan cik ezny nak tukar kat situ,  pastu kawan cik ezny kata dekat Giant Nilai dorang jual 0.297 tak silap cik ezny. Terus suruh dia tukar kat situ je. Bagi yang tak faham macam mana nak tengok mahal ke murah meh cik ezny terangkan sikit.

p/s: untuk kira ni korang kena buang 000 yang kat belakang tu , kira kalau 3 juta jadi 3000 jelah . Pastu korang kira.

Konon la kan kalau cik ezny nak dapatkan 3 juta rupiah dekat Temerloh dengan  harga 0.329

Rupiah 3 juta x 0.329 = RM 987 (duit RM yang cik ezny kena bayar)

Tapi kalau cik ezny beli dekat nilai tu untuk dapatkan 3 juta rupiah jugak tapi dengan harga 0.297

Rupiah 3 juta x 0.297= RM 891 (duit RM yang cik ezny kena bayar)

Nampak tak beza dia?? kalau RM 987-RM891= RM 87 (Kalau cik ezny tukar dekat Temerloh cik ezny rugi RM 87 tau)

Kalau korang terdesak sangat tak jumpa tempat murah kalau boleh janganlah convert dekat KLIA or aiport sebabnya sangatlah mahal. Cik ezny tengok dekat KLIA 0.34 macam tu . Kalau nak tukar dekat aiport Jakarta jele tak silapnye 0.31 so murah la lagi kan.

Cik ezny dah bagi tahu korang lah yang buat keputusan sendiri. Selamat beramal ....hihihi

3.  Makanan
Pasal makanan pulak kalau boleh korang jangan la buat rancangan fear factor makan makanan tepi-tepi jalan. Bukan menidakkan diaorang and bukan kata makanan kat tempat macam tu tak bersih tapi perut korang tu tahan ke kalau apa-apa jadi. Tak best nak pergi jalan woo kalau perut sakit. So elok cari kedai makan jela.
Ok dari pemerhatian cik ezny makanan dekat sana tak delah murah sangat. Standard harga macam dekat sini juga.  Untuk belajaran bersama cik ezny sekali pernah kena tipu masa makan dekat food court Pasar Baru , Bandung. Tak tahulah kitaorang kena tipu atau salah faham tapi cik ezny tak puas hati betul. Lain kita minta lain dorang bagi. kata harga lain, suruh bayar harga lain. Sudahlah malas nak fikir, cik ezny jadikan pengalaman tu sebagai pengajaran di negara orang. Tapi ingat yer korang-korang kalau nak pilih makanan pastikan dorang bagi menu yang ada harga. So dorang tak boleh nak kelentong kita kan.....huhhh.
Tapi yang pasti makanan dorang sedap , kecuali KFC ....huhu, sos dia masin kot.

4. Hotel
Untuk penginapan, kitaorang masa kat Jakarta tidur dekat Senin Indah Hotel. Dekat luar nampak macam budget Hotel tapi dalam bilik selesa je macam Hotel 4 bintang dekat Malaysia. Tapi yang tak bestnye, dorang kata tak boleh 3 orang satu bilik. Kitaorang dah book 3 bilik untuk 8 orang , sampai-sampai sana kata tak boleh 3 orang satu bilik so terpaksalah kitaorang ambil satu lagi bilik. Huh !
Tapi dorag kata memang dekat Jakarta susah cari Hotel yang dorang bagi masuk ramai-ramai. So korang carilah betul-betul yer, jangan jadi macam kitaorang ni.....huhu. (Not Recommended )
Dekat Bandung kitaorang tidur dekat Hotel Asoka, tempat dia oklah. Service pun okay, sarapan pon ada . Siap hantar bilik lagi kau jah, kau mampu?? haha.
So yang paling penting sebelum korang book bilik korang tengok la dulu review orang yang dah penah pergi . Korang boleh book hotel dekat Agoda , Asiarooms atau tripadvisor.

5. Supir
Pasal supir korang boleh usha dari Malaysia. Macam-macam harga dorang tawar, pandai korang la nak pilih mana satu. Macam kitaorang punya rasanye mahal sikit kot, mungkin ada yang lai murah. Sebab kitaorang bukan ikut jadual dia, kitaorang ikut jadual kitaorang dan tempat yang kitaorang nak pegi. Terima kasih pada Ijan yang sanggup melayan kerenah kami-kami ni sepanjang tiga hari dua malam di Bandung.

6. Bahasa
Macam yang korang dah tahu, bahasa Indonesia tak jauh beza pun dengan bahasa kita. So senang nak faham . Tapi masa dekat sana banyak kali jugak cik ezny soh dorang ulang tayang apa dorang cakap  sebabnya tak berapa nak faham apa dorang cakap. Satu je yang cik ezny rasa penting la kalau korang beli simcard dekat sana pastu korang nak top-up , korang jangan kata ak top-up tapi kata nak 'pulsa' . Cik ezny kata nak beli top-up dekat Stesen Kereta Api dekat Bandung , pakcik tu buat dek je. "Ngak ada , ngak ada" sombong bebeno. Cik ezny ni jarang tengok sinetron jadi kemahiran berbahasa Indonesia cik ezny ni kurang la sikit......

7. Berapa Duit Nak Bawak
Bergantung jugak sebenarnya, sebab supir kitaorang nak duit Malaysia. So dari segi pembelanjaan penginapan dan supir kitaorang dah tak tukar duit rupiah. Hari tu aku tukar 4 juta lebih . Mula-mula dekat Malaysia tukar RM 1100 dapat 3 juta lebih. Pastu sebab duit rupiah dah habis jadi kitaorang tukar lagi RM 300 so dapat 1 juta. 4 juta lebih tu cik ezny share dengan my sis. Dengan duit tu kitaorang makan , shopping, lepas tu shopping lagi dan shopping lagi....huhu.
Tapi kalau korang kena bayar duit hotel and supir dalam rupiah. Korang agak-agak la berapa nak tukar. Yang penting bawa la sekali duit ringgit, senang nak tukar kalau tak cukup duitkan.

Masa Cik Ezny dekat Pasar Baru, Bandung ada satu family dari Malaysia habis duit cash rupiah. Duit cash Malaysia dia tak bawak then tak tukar pulak kad bank untuk international. Hah, apa nak kata . Satu family sekali dengan nenek atukpun ada. So all my friend.... Cik Ezny menyeru kepada kawan-kawan sekalian silalah pastikan perkara-perkara macam tu tak jadi dekat korang.


Semoga perkongsian cik ezny memberi manfaat pada semua.... Selamat melancong pada yang akan ke Indonesia. ^^


Thursday, April 10, 2014

Pengalaman Naik KLM

Assalamualaikum...

Wah wah wah.... korang tengah cari review orang naik KLM (Royal Dutch Airlines) ea.
Ok, kalau korang cari aku cerita sikit. Pada korang yang tak cari tapi terbuka entry ni jemputlah baca dengar cerita karut cik ezny ni ok ^^

Cik ezny naik KLM ni masa nak pergi Jakarta. Tiket cik ezny beli online denga harga RM 359 , yang tu harga return. Tapi sebab cik ezny beli online pakai credit card, KLM cas RM 10. So harga tiket return dari KL-Jakarta, Jakarta-KL = RM 369. Senang je nak beli tiket KLM online, tempat duduk pon free , so boleh la pilih tempat duduk kan .

Bukan nak promote KLM, tapi memang puas hati kalau nak pergi Jakarta naik KLM sebabnya, makanan memang dia bagi dalam flight so kita tak payah order makan dalam flight, dekat atas setiap seat diaorang bagi batal kecil ,  seat pon luas, tempat kaki pun luas. Overall cik ezny memang puas hati naik KLM ni.

Luggage dia pulak, untuk beg untuk bawa naik atas boleh bawa sampai 10 kilo and luggage kat bawah 23 kilo. Semua dah masuk dalam harga tiket. Tapi yang tak best sikit, kalau naik KLM ni dorang just benarkan satu beg je untuk 23 kilo tu. Kalau pergi dengan group tak boleh gabung-gabung berat kilo macam Airasia tu yang tak best tu. Tapi cik ezny ada nampak ada orang ni bawa dua beg pastu dia wrap beg dia tu jadi satu beg. Kalau macam tu boleh kot. Untuk beli tiket online KLM pergi la laman web dorang KLM Royal Dutch Airlines

Actually masa cik ezny nak pergi Indonesia dulu , tiket Airasia tengah mahal. Memang taklah nak bayar tiket RM 400 lebih tak masuk makan and luggage lagi kan. Tapi sebab time tu je kami-kami free, so kitaorang kenalah cari alternative lain. Tanya-tanya pakcik Google, jumpalah KLM pun ada tiket murah pergi Jakarta. Memang berbaloi-baloi rasanya harga tiket dengan layanan dan service yang kita dapat. Mungkin cik ezny selalu naik Airasia je, bila naik airlines lain jadi jakun pulak.....hehehe.

Tapi kalau Airasia buat promosi tiket under RM200 return pergi Jakarta, mungkin cik ezny pilih Airasia....hihi. Satu je cik ezny kagum, ada orang dapat tiket AA RM150 return pergi Jakarta. Memang gila hebat la sikap kepahlawanan dorang. Kenapa cik ezny tak pernah dapat pon...... Cik ezny stalker Airasia yan tegar tau....So3. *nanges*

Takpe-takpe, insyaAllah rezeki cik ezny akan tiba tak lama lagi kan...hoho. Mau pergi Korea pulak ni....korek tabung...korek tabung.  

Jom Layan Gambar 



skrin di semua tempat duduk , bila flight dah naik nanti dorang akan bagi earphone tapi lambat sikit la. Kalau korang nak duduk terus nak tengok movie or tengok cerita dalam tu korang boleh la pakai earphone masing-masing. Movie dia banyak yang latest jugak, kitaorang pakat-pakat tengok Frozen je dalam tu. Macam cik ezny layan cartoon je....hihi.

remote control

snack otw ke Jakarta

jangan risau ada cop sijil HALAL MALAYSIA

Dinner otw balik Malaysia. Yang ni cik ezny makan masa pening kepala or dah kenyang sebab sebelum naik flight cik ezny dah makan so tak berapa nak ada selera sangat masa makan ni. Lastnya cik ezny makan roti bun dengan majerin je. Tapi kek dia sedap. Makan dia, tak berapa masuk dengan tekak cik ezny, tapi my sis kata okay je. Mungkin macam cik ezny cakap la mungkin cik ezny tak ada selera time tu. Tetiba rasa menyesal tak bawa balik sudu, garfu n pisau yang dorang bagi...hak3...boleh tak macam tu?? huhu

Ok....nantikan pengalaman cik ezny dekat Jakarta - Bandung, pengalaman cik ezny naik train dari Jakarta ke Bandung dan macam-macam pengalaman lagi . Pengalaman ke Indonesia bagi cik ezny sangat beri kesan pada cik ezny . Bila kita melangkah tengok negara orang , baru kita nampak negara kita sendiri. Semoga cik ezny dilimpah-limpahkan rezeki untuk melihat negara orang lagi.....

Daaaa...... ^^



Saturday, April 5, 2014

Menjual Susu Kambing Online : Nina Kameng

Assalamualaikum...

Berminat nak cuba susu kambing perisa cokelat "Nina Kameng" yg pastinya tiada kandungan gula, tetapi tetap manis dengan manis madu.. 

Wah.....ayat cik ezny macam nak meniaga pulak kan...huhu.
Sebenarnya cik ezny nak tolong my sis jual susu kambing perisa coklat "Nina Kameng" ni.....

Kalau tanya cik ezny sedap ke susu kambing coklat ni, opcoz la cik ezny kata sedapkan. Tapi memang sedap pun uolls cik ezny tak tipu. Sebab susu ni campur coklat, so pada uolls-uolls yang susah nak telan susu ni mesti tak ada masalah kalau nak minum "Nina Kameng ni". Lagi satu, nak bancuh "Nina Kameng" ni senang je. Korang just tambah air panas je, tak payah tambah gula or susu pekat. Sebab manis dia, manis madu.

"Nina Kameng" ni sesuai untuk diminum untuk seisi keluarga, kanak-kanak berumur atas setahun pun dah boleh minum. My mom and my dad, yang tak minat sangat minuman perisa coklat pun, dorang layan "Nina Kameng" ni. Sebab tu cik ezny kata "Nina Kameng" sesuai untuk seisi keluarga. 

Untuk family cik ezny, selalunya satu bungkus boleh tahan 2 minggu sebab kitaorang memang kerab minum. Tapi kalau uolls punya family tak ramai , satu bungkus boleh tahan sampai sebulan. Semua bergantung pada kadar kekerapan korang minum.

Harga Nina Kameng ni RM 30 sebungkus tidak termasuk postage ....
To those yang berminat untuk membeli "Nina Kameng " ni, feel free to contact  my number (Cik Ezny) 011-23459919 atau 017-9463106  or my sis (Puan Arina) 013-4265711, . Kalau nak email dekat cik ezny pon boleh eznydyana@gmail.com . Kalau ada apa-apa pertanyaan just tanya dekat number dan email yang cik ezny bagi tu okay.....

Atau korang boleh lawati page di facebook  Liyanina Lifestyle  untuk mengetahui produk dengan lebih lanjut....




Review



Homemade cookies (Nina Kameng)



Friday, April 4, 2014

Masukkan Bab Novel Dalam Blog

Assalamualaikum ezny dyana readers ^^

Entry kali ini saya nak buat tutorial macam mana nak buat bab kecik-kecik macam dalam blog. Macam kat bawah ni



So pada daebak readers yang selama ni cari tutorial ni , try la ok

STEP 1
Korang click design and click layout macam kat bawah ni

STEP 2
click dekat Add a gadget then pilih TEXT


STEP 3



STEP 4

Lepas korang dah type apa yang patut tu, korang tekan create link


lepas tu dia akan keluar macam ni


lepas box macam kat atas ni dah keluar, korang paste link korang yang dah buat

Taraa, dah siap

p/s: kalau tak faham, jangan segan-segan tanya okey.... adiosss ^^ . Tutorial ni sama je macam blog saya yang satu lagi Daebak Area.

Thursday, April 3, 2014

Mencantikkan Kotak Komen

Assalamualaikum semua...
Hari ni Cik Ezny nak share macam mana nak mencantikkan kotak komen....
Actually bila first time cik ezny nak cantikkan kotak komen blog cik ezny, susah gila habak hang. Sebabnya cik ezny punya HTML code tak ada code macam kat bawah ni

/* Comments

Tapi lepas cik ezny kaji punya kaji dan cuba jaya, akhirnya cik ezny jumpa juga macam mana nak buat. This entry cik ezny buat khas to those face same problem macam cik ezny.... harap membantu korang ^^

1. Perlu sini dulu yer
2.Dashboard > Design > Edit HTML > Edit Template
3. Ctrl + F , Search
*tapi korang kena tekan kat kotak HTML tu baru tekan Ctrl+F , baru kotak search tu muncul dalam kotak kalau tak dia kat luar je.


#comments .comment-author {

4. Dekat kotak Search "kat dalam" tu korang paste code yang atas ni ...
5. Lepas tu korang copy code yang bawah ni then paste dekat atas code yang korang cari tadi....


.comment-content{
background:#FFE2E2;
padding:13px;
border-radius:100px;
color:#666;}
h4{
background:#D1F4FE;
text-align:center;
color:#fff;
text-shadow:2px 2px 3px #888;
font:30px ttn !important;}
@font-face{
font-family:ttn;
src:url(http://static.tumblr.com/dep4vzc/82Km8jmz4/tutano_cc_v2.ttf);
}
.comment-block{background:#FEF3F3;
padding:10px;
border-radius:30px;
border:3px dashed #FEE8E8}
.avatar-image-container{background:#FFE2E2;padding:5px;border-radius:50%;}
.avatar-image-container img{
-webkit-transition: all 0.8s ease-out;
-moz-transition: all 0.8s ease-out;
transition: all 0.8s ease-out;
border-radius:50%;}
.avatar-image-container img:hover{
border-radius:50%;
transform: rotate(360deg) ;
-webkit-transform: rotate(360deg) ;
-moz-transform: rotate(360deg) ;
-o-transform: rotate(360deg) ;
-ms-transform: rotate(360deg) ;}
.datetime{
background:#fff;
padding:8px;
float:right;
border-radius:30px;
font:10px arial;
margin-top:10px;}
.secondary-text{
padding:8px;
background:#fff;
border-radius:30px;
float:right;
border:3px  dotted #FEE8E8;
}

6. Ok, Korang dah boleh save....

Kotak komen korang akan muncul macam ni




SELAMAT MENCUBA =)

Apa-apa pertanyaan jangan malu tanya cik ezny kat ruang komen okay.....