Geng Budak Malas ^^

Saturday, April 28, 2012

Avengers best ^^


halop-halop....
hayakkk, lama dah tak tengok wayang rasa nya akibat kekangan masa and ketiadaan mood +++ tak ada cerita yang menarik minat. Tadi lepas pergi latihan kemahiran cekak, dorang-dorang ajak tengok Avengers. Perhhhh, best kot. Cerita 2 jam setengah tu tak boring langsung, dorang lawan je dari mula sampai habis and dorang masukkan lawak-lawak sikit. Serious smartt  !!!!. Tadi hall penuh , so kitaorng kena dok second line, adehhh sakit tengkok den. Nasib baik cerita bestt. Kalau ada ceramah agama , puas nak penuhkan dewan macam tu. ish3. Pepon kalau korang boring tak tau nak tengok cerita apa kat wayang aku rasa korang tengok jela citer ni. Sekian terima kasih....

Kalau yang tak tahu cerita ni pasal apa, mehh aku cerita cikit. Dorang kate cerita ni diadaptasikan (cam ni ek eja dia???)  dari komik . Sebab konon nya bumi nak kena serang so , agen-agen sulit ni pergi kumpulkan super hero nak selamatkan bumi. Bila alien datang, apa lagi dorang pon lawan-lawan la, alaaa macam citer  omputih yang korang selalu tengok tulah. Lepas lawan-lawan pastu hero menang,kite pon gembira sambil nanges-nanges sebab bumi dah selamat . Sambil buat muka tak sangka, sambil cakap "WHAT DA FISHHH, BAPAK TERER DORANG!!!!!"

Pepon Hulk sangat comelll, rasa nak main set-set tom-tom je gan dia sebab dia banyak buat lawak sampai aku gelak dalam hall tu macam kat rumah sendiri sambil bersila atas kerusi dan ditemani oleh popcorn ditangan. Hohoho, puas hati aku. Cerita ni aku bagi 9 dari 10 , hoyeahhh susah nak dapat markah tinggi dari aku ni, tahniah-tahniah . 

Oklah itu jer kot aku nak kongsi, hari isnin depan aku ader exam. Doakan aku dapat jawab dengan mudah yer korang-korang.... amennn.

USAHA + DOA + TAWAKAL=
 INSYAALLAH AKAN BERJAYA


No comments:

Post a Comment