Geng Budak Malas ^^

Thursday, December 8, 2011

With mereka-mereka

hoohayoo ...
cerita lama, tapi mau cerita jugak sama kau2, awak2 dan kamu2 yang comei2 dan kacak bergaya yang sudi singgah sambil makan megi di blog saya  ni... ermmm

ok, stop mempoyokan diri. Wehh korang dah tengok Ombak Rindu yang meletop-letop tu tak?? dengar kata kutipan dah 5 juta... ish3 berlambak-lambak duit ni, kalo tukar duit syiling 1 sen ni, best buat berenang ni. huhu. Nak cerita kat korang , jumaat lepas 2/12/11 aku dengan semangat separuh berkobar-kobar nak tengok cerita Ombak Rindu ni, tapi apakah daya full la pulok. Nak wat cam gone kan, so hari tu kami-kami tengok cerita "Aku Bukan Tomboy" and "Misteri Jalan Lama".

Aku Bukan Tomboy
hurmm, this cerita boleh tahan la, boleh dikatakan lawak and boleh hilangkan tension. Terutama ada 'baby burn' macam superman tak jadi tu, tapi comei la jugak. Pelakon pon ok. Aku bagi 3.5/5  kot for this movie. Tahniah kat shamsul yer... lain kali wat cerita yang lagi best.

Misteri Jalan Lama
hurm...hurmm...hurmmm, apa nak komen this cerita yer. Serious awal-awal cerita aku tak faham langsung cerita ni cerita pasal apa, boring kot. Ada sedikit pembaziran duit di situ sana sini, walaupon hans isaac muncul dalam screen tu tapi hati den tak berapa boleh sejuk sangat tengok jalan cerita dia. Tapi dah lama-lama tengok baru la faham cerita tu pasal apa, cerita fantasi rupa nya. Barulah rasa berbaloi beli tiket bila dah belakang-belakang tu kan. Good work dari afdlin shauki , tapi awal-awal tu yang spoil sikit.

KENANGAN
Memandangkan aku nak mendelete-delete pic yang bersepah-sepah dalam laptop ni, so aku kenalah menyemakkan blog ni dengan gambar-gambar kenagan kami-kami time tu.... oklah korang-korang nak tengok silakan kalau tak nak.... korang pejam mata ketat-ketat k ^^





Wednesday, December 7, 2011

Camping at Port Dickson

Fuhhhhh, setelah almost 2 weeks aku puasa blog, bukak blog tak, blogwalking tak, update entry opcoz lah tak jugak , bila aku tengok2 dah bersepah sepah blog ni dengan sawang and habuk rupa nya.... memandangkan 2 minggu lepas aku sangat busy dengan my laling asgmnt sampai aku tak cukup jari nak taip, tak cukup kaki nak berlari maraton ke library , tak cukup mata nak cari journal and article online dan akhir nya aku ada masa untuk update entry sambil bersila atas katil bersama segelas vico yang berasap-asap. perhh alangkah nikmat nya...hehe

Back to our title, hoyeahh. 3-4/12 lepas aku pegi camping kat PD dengan my kekawan club , camp ni anjuran Miss Rahiza , walaupon macam-macam rumors sekejap jadi, sekejap tak akhir nya jadi la jugak camp ni walaupon tak berlaku seperti yang dirancang. Pepon boleh dikatakan best dan puas hati..... lain kali kita pegi lagi yep.... oklah tak mau nak mengarut pepanjang jom tengok gamba....

Kenangan
sebelom ke PD, buka antara nak senyum dngan tak sebab rasa bersalah kena tinggalkan adek saya yang sorang tu


our khemah



 
 titanic bergerak dengan bangga nye

tu dia, mangsa karam sedang menyelamatkan diri, semua tercampak dari titanic... walaupon berlaku drama air mata disini yang pasti memang best ^^



ok nak balik da... bubye ^^